25.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 8, 2024

10 premis warga asing diarah tutup serta-merta

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 10 premis yang dikendalikan warga asing diarahkan tutup serta-merta oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam Tindakan Operasi Bersepadu TEBAH yang dilakukan di sekitar Plaza GM Chowkit, Jalan Haji Taib, Kuala Lumpur, tengahari semalam.

Ops berkenaan dilakukan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

DBKL menerusi kenyataan berkata, selain tindakan sitaan ke atas 10 premis tersebut, pihaknya turut mengeluarkan 16 notis kompaun.

“Ia melibatkan kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen, penggajian warga asing dan melanggar syarat lesen dibawah UUK Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016, dan Akta Kerajaan Tempatan 1976,”katanya.

DBKL berkata, hasil serbuan dan pemeriksaan bersepadu kali ini, sejumlah 14 buah premis perniagaan diperiksa melibatkan kedai menjual pakaian, beg, aksesori telefon bimbit, peralatan komputer, rokok elektronik (vape) dan lain-lain aktiviti.

Advertisements

“Sejumlah 38 orang pekerja dan pengendali premis perniagaan telah diperiksa terutamanya melibatkan warga negara asing.

“Seramai sembilan orang pekerja warga asing dari Bangladesh dan Pakistan telah ditahan oleh JIM kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri menerusi kesalahan dibawah Akta Imigresen 1959/63,”katanya.

Menurut DBKL, menerusi pemeriksaan dari KPDN ke atas premis perniagaan dan stor simpanan barangan cap dagangan, sebanyak 11 notis kompaun telah dikeluarkan terhadap pengendali premis termasuk untuk tindakan lanjut (Kertas Siasatan) dibawah kesalahan Akta Cap Dagangan 2019.

Ujar DBKL, tindakan penguatkuasaan bersepadu bersama agensi sahabat ini, akan diteruskan dari masa kesemasa dilokasi tumpuan (hotspot) yang lain pula. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Mahkota: BN sekali lagi pertaruh calon Pemuda 

BARISAN Nasional (BN) sekali lagi menpertaruhkan wakil Pemuda UMNO sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Lagi Artikel Berkaitan