Monday, July 20, 2026

Muafakat Nasional sudah mati, tidak perlu dihidupkan lagi

Lagipun nama Muafakat Nasional telah dirampas oleh pihak lain dan didaftar sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Mesti Baca

MUAFAKAT Nasional (MN) sudah menjadi sejarah, telah mati tanpa nisan dan tidak perlu dihidupkan lagi, kata Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali.

Menurut beliau, lagipun nama Muafakat Nasional telah dirampas oleh pihak lain dan didaftar sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“MN sudah jadi sejarah. Ia telah dimatikan tanpa nisan dan tak perlu dihidupkan. Biarkan terus menjadi hantu. 

“Lagipun ada yang telah hijack (rampas) nama itu dengan didaftarkan sebagai NGO ketika masing-masing sedang sibuk bincang untuk didaftarkan ke tidak MN sebagai gabungan politik dulu,” katanya menerusi media sosialnya.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Akmal Saleh yang mengajak Pas untuk membentuk semula MN susulan krisis dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN) Perlis.

Malahan sayap UMNO itu akan mengadakan konvesyen khas 3 Januari ini bagi membincangkan hala tuju dan masa depan UMNO dalam Kerajaan Madani.

Khairuddin berkata, jika mahu membentuk penyatuan Melayu-Islam, beliau mencadangkan agar semua parti politik berasaskan kaum dan agama tersebut dibawa berunding bersama, termasuk PKR dan Amanah.

“Baru Islam-Melayu kuat. Orang lain akan ikut dan turut sahaja ibarat air mutlak yang boleh meneutralkan air mutanajjis. Untuk mencari dalil daripada al-Quran dan al-Sunnah mudah sekali. Pas boleh datangkan dalil. Saya pun boleh bantu bagi dalil.

“Bagilah apa-apa nama baharu seperti Perpaduan Rakyat Nasional (PRN) gabungan antara sebahagian Pakatan Harapan (PN), Barisan Nasional (BN) dan PN,” katanya. — Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan