26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Satu aerotrain KLIA dijangka beroperasi tahun depan

Mesti Baca

SATU daripada dua perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi atau aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dijangka beroperasi tahun depan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kementerian telah mengarahkan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) untuk memastikan kerja-kerja menaik taraf sistem serta membina aerotrain yang baharu itu siap mengikut jadual atau lebih awal.

“Tren ini mengalami end of life (tamat jangka hayat), sudah berkhidmat 25 tahun.

“Keputusan untuk menggantikan tren ini sepatutnya dilaksanakan lebih awal, namun atas kelewatan membuat keputusan tersebut menyebabkan kita terpaksa hentikan perkhidmatannya.

Advertisements

“Perkara ini kita tahu memang memberi imej buruk kepada negara kerana ia merupakan pintu masuk negara.

“Sehubungan itu, saya telah memberi tekanan kepada MAHB supaya ia dilaksanakan mengikut jadual dan mesti diawalkan,”katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) berhubung langkah kerajaan dalam mengatasi masalah perkhidmatan aerotrain di KLIA yang memberi impak terhadap proses ketibaan pelancong. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan