25.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Zuraida nafi mahu rujuk semula dengan Bersatu 

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

BEKAS Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin menafikan dakwaan beliau ingin menyertai semula Bersatu selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Sebaliknya, beliau hanya akan menyokong Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Zuraida yang pernah memegang jawatan sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia turut membidas dakwaan yang dikemukakan oleh Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fahsyal sambil mengingatkan agar lebih berhati-hati membuat dakwaan sedemikian.

“Ini tidak benar, saya cuma sebut saya akan sokong PN pada PRN akan datang.

“Saya sokong parti berbilang kaum. Budak ini baik jaga mulutnya,” katanya mengikut laporan Malaysiakini.

Zuraida juga memaklumkan beliau akan menghubungi Wan Fayhsal untuk menjelaskan perkara berkenaan.

Advertisements

Free Malaysia Today melaporkan, Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa Bersatu menolak permohonan Zuraida untuk menyertai semula parti itu selepas PRU15.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas Zuraida sebelum ini enggan melepaskan jawatan menteri yang diisi atas kuota Bersatu selepas keluar parti.

Zuraida kemudian menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang baharu ditubuhkan tetapi tidak lama kemudian dipecat berikutan perebutan kuasa dengan Presidennya, Datuk Larry Sng.

Pada PRU-15 lalu, Zuraida gagal mempertahankan kerusi Parlimen Ampang yang disandang sejak tahun 2008 selepas tewas dalam saingan sembilan penjuru.

Kerusi parlimen itu dimenangi Rodziah Ismail dari PKR dengan majoriti 29,681 undi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan