27.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Pembinaan kabel dasar laut tidak libat dana kerajaan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMBINAAN kabel dasar laut di negara ini ditanggung sendiri oleh syarikat swasta dan tidak melibatkan dana kerajaan.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata, kos pembinaan ditanggung syarikat terlibat kerana mereka melihat projek berkenaan mempunyai nilai komersial tersendiri.

“Untuk kabel laut sedia ada termasuk yang asas ataupun sistem kabel East-West dari Mersing ke titik terminasi di Kuching oleh Sacofa Sdn. Bhd., itu semua dana mereka sendiri.

“Kecuali daripada TM (Telekom Malaysia Berhad) yang menggunakan dana TM sendiri dan sedikit dana daripada MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) menerusi USP (Pemberian Perkhidmatan Sejagat),” katanya.

Advertisements

Nie Ching berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Senator Apandi Mohamad berkenaan jumlah kos dikeluarkan kerajaan dalam pemasangan sistem kabel dasar laut, pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Negara hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan sebaliknya menggunakan dana bagi membina menara baharu di kawasan yang tidak mempunyai nilai komersial yang mampu menarik minat pelabur.

“Untuk itu, kita guna dana kerajaan daripada USP untuk membina menara baharu di kawasan itu bagi pastikan seluruh Malaysia boleh dijaga,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan