Monday, July 20, 2026

GDPM Fest pacu transformasi penjagaan kesihatan masa depan

Penganjuran program untuk memastikan PMKS, khususnya dalam sektor kesihatan tidak tercicir daripada arus kemajuan teknologi.

Mesti Baca

TIMBALAN Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching hari ini melancarkan Geran Digital PMKS MADANI (GDPM) Fest 2025 peringkat negeri Johor bertujuan m memperkasa penerapan penyelesaian teknologi masa hadapan dalam kalangan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di negara ini.

Penganjuran program itu merupakan usaha Kerajaan MADANI menerusi Kementerian Komunikasi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk memastikan PMKS, khususnya dalam sektor kesihatan tidak tercicir daripada arus kemajuan teknologi.

Di samping itu, ia juga bagi membentuk ekosistem penjagaan kesihatan yang lebih cekap, inklusif dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan mendatang.

“Antara pengisian program ini termasuk sesi perkongsian mengenai bantuan transformasi penjagaan kesihatan dan demonstrasi penyelesaian teknologi masa hadapan, kepentingan penggunaan teknologi dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat, dan pengalaman realiti maya (VR),” kata MCMC dalam kenyataan hari ini:

Katanya, program tersebut disokong oleh rakan-rakan strategik seperti Kementerian Kewangan Malaysia (MoF), Bank Simpanan Nasional (BSN), Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), penyedia perkhidmatan telekomunikasi serta rakan-rakan m km penyedia teknologi kesihatan masa hadapan.

MCMC berkata, ini sekali gus membuktikan pentingnya penyatuan peranan sektor awam dan swasta dalam memperkukuh ekosistem kesihatan negara.

“GDPM Fest 2025 membawa inisiatif ini ke akar umbi melalui pendekatan setempat yang lebih dekat dengan komuniti perubatan dan usahawan kesihatan tempatan,” katanya.

MCMC turut bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi meningkatkan kesedaran berkaitan Guideline on Online Healthcare Services (OHS), satu usaha penting dalam memastikan penggunaan platform kesihatan masa hadapan yang selamat, bertanggungjawab dan beretika.

Sebagai permulaan, GDPM Fest 2025 akan dilaksanakan secara berperingkat, bermula di Johor Bahru hari ini, diikuti di Kuantan, Pahang pada 17 Ogos dan di Kota Kinabalu, Sabah pada 24 Ogos.

Melalui program ini diharap dapat menyokong usaha kerajaan ke arah ekosistem penjagaan kesihatan lebih pintar, cekap dan inklusif demi kesejahteraan komuniti pakar perubatan, PMKS dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. — Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan