34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Anwar ingatkan ahli PKR utamakan kebajikan rakyat

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

AHLI Parti Keadilan Rakyat (PKR) diingatkan kuasa yang diamanahkan perlu dipikul sebaik mungkin untuk membawa kesejahteraan rakyat.

Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian sempena ulang tahun ke-24 penubuhan PKR pada Selasa.

“KEADILAN berpasak atas semangat islah yang kuat. Selalu saya ingatkan kepada semua bahawa kuasa adalah amanah dan bukan keistimewaan. 

“Justeru, hak dan kebajikan rakyat mesti yang terutama dalam membentuk kebijakan. 

“Tugas dan tanggungjawab yang digalas hari ini adalah amanah yang mesti kita pikul sebaiknya dengan matlamat membawa perubahan yang bermakna. 

“Selamat ulangtahun Keadilan yang ke-24 kepada seluruh anggota dan pimpinan Keadilan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

FOTO FB ANWAR IBRAHIM

Untuk rekod, Parti Keadilan Nasional (PKN) ditubuhkan pada 4 April 1999 oleh keluarga dan penyokong Anwar sekaligus mencetuskan gelombang reformasi dalam landskap politik negara.

Advertisements

Reformasi 1998 bermula apabila Perdana Menteri ke-4 Datuk Seri Mahathir Mohamad telah memecat Timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sekumpulan NGO dan sebuah parti kemudian menubuhkan Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (Gerak). 

Pilihan Raya Umum (PRU) tahun 1999, merupakan pentas pertama parti itu dalam PRU membentuk gabungan bersama DAP dan Pas dengan menubuhkan Barisan Alternatif.

Di PRU 2004, PKR mengalami kekalahan teruk dengan hanya memenangi satu kerusi di Permatang Pauh yang diwakili oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah dengan majoriti tipis.

Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PKR, PAS dan DAP telah menawan 5 negeri pada PRU-11 tahun 2008 dan buat kali pertama dalam sejarah Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti. PKR telah berjaya menawan negeri Selangor buat pertama kali. 

Pada 2013, Pakatan Rakyat meraih undi popular meskipun tewas dengan majoriti kerusi parlimen oleh BN serta berjaya mengekalkan negeri Selangor di bawah penguasaan PKR.

Pada PRU 2018, Pakatan Harapan yang diketuai Tun Dr. Mahathir Mohamad menggunakan simbol PKR telah menewaskan Barisan Nasional dan PKR telah mendapat kemenangan terbesar di dalam blok Pakatan Harapan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Rondaan Maritim Malaysia jadikan perairan negara lebih selamat

PENINGKATAN penguatkuasaan dan rondaan yang dilaksanakan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menjaga keselamatan perairan negara telah menjadikan...

Lagi Artikel Berkaitan