SC Freiburg melakar kejutan mara ke separuh akhir piala DFB-Pokal dengan menewaskan pasukan gergasi Bayern Munich di stadium Allianz Arena pada awal pagi tadi.
Penalti Lucas Holer menyaksikan Freiburg meraih kemenangan dramatik 2-1 ke atas untuk layak je separuh akhir.
Pertahanan Dayot Upamecano meletakkan Bayern di depan pada minit ke-19 sebelum Nicolas Hofler mengikat kedudukan di minit ke-27.
Percubaan Nicolas Hofler terkena tangan Jamal Musiala, membenarkan Holer sepakan penalti sekaligus memastikan kemenangan.
Kekalahan tersebut menamatkan harapan Thomas Tuchel untuk meraih gelaran domestik berganda sejak dilantik pengurus baharu Bayern Munich pada bulan lalu.
Ini bermakna Tuchel, dalam perlawanan keduanya sejak menggantikan Julian Nagelsmann, akan terlepas peluang untuk menjulang kegemilangan Bundesliga dan Pokal ketika pasukan bimbingan Christian Streich mara ke pusingan empat terakhir.
Untuk rekod, Bayern Munich merupakan pemenang terbanyak sebanyak 20 kali dalam DFB-Pokal dengan kali terakhir menjulang piala itu tahun 2020.
Tuchel kini dalam misi untuk mempertahankan kejuaraan Bundesliga dengan kelebihan dua mata atas Borussia Dortmund serta akan menentang Manchester City di peringkat suku akhir dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah. – Edisi 9