27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Lantik Raja Affandi sebagai Ahli Dewan Negara – Shabery

Mesti Baca

KERAJAAN diminta mempertimbangkan cadangan melantik calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Nor sebagai Ahli Dewan Negara.

Cadangan itu dikemukakan oleh bekas Ahli Parlimen Kemaman yang juga Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini.

Beliau berkata, sebagai seorang tokoh yang sangat berpengalaman dalam bidang pertahanan negara, Raja Mohamed Affandi dipercayai dapat menberikan sumbangan yang besar untuk negara.

“Atas pandangan peribadi, saya gembira sekiranya Kerajaan Perpaduan kepimpinan YAB Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dapat pertimbangkan perlantikan beliau sebagai anggota Dewan Negara.

“Sebagai seorang tokoh yang sangat berpengalaman dalam bidang pertahanan negara, saya percaya beliau terus boleh memberi sumbangan besar untuk negara Malaysia tercinta,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Raja Mohamed Affandi yang juga bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia tewas kepada Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam PRK Kemaman semalam dengan majoriti 37,220 undi.

Advertisements

Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu mewakili Pas memperoleh 64,998 undi manakala Raja Mohamed Affandi mendapat 27,778 undi.

Sementara itu, Ahmad Shabery yang juga Pengarah Komunikasi Strategik BN berterima kasih kepada Raja Mohamed Affandi kerana menerima pencalonan sebagai calon BN di Kemaman.

“Semoga beliau tidak terlalu kecewa dengan keputusan yang diterima. Saya percaya apa pun yang berlaku ada hikmah yang tidak diduga,” katanya.

Ahmad Shabery turut memohon para pengundi Kemaman terutamanya dari BN menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka kerana inilah demokrasi dan suara ramai mesti dihargai.

“Semoga YAB MB (Ahmad Samsuri) dipermudahkan dalam memberi sumbangan dan melaksanakan tanggungjawab beliau sebaiknya untuk Kemaman dan Parlimen Malaysia,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Politeknik Sultan Idris Shah pertahan gelaran FIRA Malaysia

POLITEKNIK Sultan Idris Shah (PSIS) berjaya mempertahankan kejuaraan keseluruhan Piala Federation of International Robot Soccer Association (FIRA) Malaysia Ke-19...

Lagi Artikel Berkaitan