28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Ismail Sabri sah tidak pertahan jawatan Naib Presiden

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sah tidak mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti bulan depan.

Ini selepas tempoh penerimaan borang pencalonan bagi pemilihan UMNO yang bermula 13 Feb lalu, ditutup 5 petang tadi.

Ahli Parlimen Bera itu dilaporkan enggan mengulas sebab beliau berbuat demikian.

UMNO mempunyai tiga Naib Presiden selain Ismail, dua lagi penyandang, Datuk Seri Khaled Nordin dan Datuk Seri Mahdzir Khalid sudah menyerahkan borang pencalonan untuk mempertahankan jawatan nombor tiga itu.

Tujuh pemimpin lain turut menyerahkan borang pencalonan untuk bersaing jawatan Naib Presiden UMNO setakat semalam.

Mereka ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Azalina Othman Said, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Shamsul Anuar Nasarah dan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Ini termasuk Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Ghani, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad.

Pemilihan bagi sayap Wanita, Pemuda dan Puteri akan diadakan 11 Mac ini, manakala UMNO bahagian dan MKT pada 18 Mac nanti. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan