26.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 28, 2023

Isu KWSP: Kerajaan didesak dengar rintihan rakyat

Cadangan kerajaan membenarkan pencarum mencagarkan wang simpanan KWSP kepada pihak bank untuk membuat pinjaman, sebagai sesuatu yang tidak masuk akal.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN didesak supaya mendengar rintihan rakyat berhubung isu pengeluaran bersasar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, pendirian bahawa cadangan kerajaan membenarkan pencarum mencagarkan wang simpanan KWSP kepada pihak bank untuk membuat pinjaman, sebagai sesuatu yang tidak masuk akal.

“Saya berasa tidak logik idea untuk ahli guna wang caruman dalam dana KWSP untuk dicagarkan kepada bank. Orang dah ada duit… dia hendak bawa keluar duit dia, tapi kerajaan suruh pinjam daripada bank. (Cadangan ini) hanya akan menguntungkan bank.

“Jadi saya terima memorandum ini, dan InsyaAllah kita akan terus perjuangkan supaya KWSP ini boleh dikeluarkan secara bersasar, dan kita harap kerajaan akan dengar rintihan daripada rakyat,” katanya menerusi video TikTok.

Baca juga:   Kestabilan politik bantu perkukuh tadbir urus banjir

Terdahulu, Wan Saiful yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor memaklumkan beliau menerima memorandum daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semalam, berhubung bantahan terhadap cadangan berkenaan.

Memorandum itu dihantar Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM); Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) dan Global Human Rights Federation (GHRF).

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan mempertahankan langkah membenarkan ahli KWSP menggunakan caruman mereka sebagai cagaran pinjaman peribadi kerana langkah itu tidak bercanggah dengan Akta KWSP 1991.

Anwar berkata, perkara itu sudah dibincang dan diperhalusi bersama pihak KWSP sebelum kaedah itu diumumkan oleh beliau di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Baca juga:   Wanita warga Pakistan didakwa culik kanak-kanak

Jelasnya, kebenaran kepada pencarum menggunakan wang simpanan KWSP sebagai cagaran bank adalah bagi mereka yang mempunyai wang caruman yang besar, namun berhadapan kesulitan. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Individu disyaki zalimi kucing dituduh hari ini

SEORANG lelaki dihadapkan ke mahkamah hari ini atas tuduhan menzalimi haiwan iaitu kucing di sebuah kondominium di Cheras, minggu...

Lagi Artikel Berkaitan