32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Kerajaan diminta jelaskan hala tuju ekonomi bumiputera

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN menerusi Kementerian Ekonomi diminta untuk menjelaskan secara terperinci mengenai hala tuju baru pembangunan ekonomi bumiputera.

AHLI Parlimen Machang, Wan  Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, langkah itu penting terutamanya dalam memastikan anak-anak Melayu dan Bumiputera dapat menceburi bidang-bidang kritikal ekonomi masa depan.

“Kita nak lahirkan lebih ramai usahawan seperti Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary. Kita nak tahu apa kerajaan campuran PH-BN ini ingin buat kepada Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TBP2030).

“Saya bangkitkan dalam Perbahasan Jawatankuasa Belanjawan Kementerian Ekonomi peranan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), Surian Tower, Mutiara Damansara.

“Apa nasib Key Growth Areas (KEGA) – sektor tumpuan seperti Aeroangkasa, Industri IBS yang kerajaan Perikatan Nasional mulakan sebelum ini.

“Menteri belum dapat jawab semalam dan kita mahu kerajaan jelaskan nanti. Jangan lambat,” katanya dalam Facebook malam tadi.

Terdahulu dalam perbahasan di Dewan Rakyat, Wan Ahmad Fayhsal menegaskan beliau merupakan antaran anggota TERAJU yang ketika itu ditubuhkan pada tahun 2011 susulan badan bukan kerajaan (NGO) peniagaan dan usahawan Melayu mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu Perdana Menteri untuk mengadakan satu bentuk ‘pemandu’ versi Bumiputera untuk bersama ekonomi negara.

“Cuma kita ingin tahu di bawah Kementerian Ekonomi yang ada, apakah mandat yang diberikan kepada kementerian masih lagi sama yang mana keutamaan TERAJU meneruskan TBP 2030.

“Ini plan yang amat penting dimasukkan sekali dalam RMK12. Ini yang kami bangkitkan dalam perbahasan di peringkat dasar belanjawan. Hala tuju dalam soal pembangunan ekonomi bumiputera,” katanya.

Malah menurut beliau, Kerajaan juga perlu menjelaskan berapa banyak ekuiti bumiputera yang ingin ditingkatkan.

-EDISI9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan