Tuesday, July 21, 2026

Cubaan sabotaj negara: PDRM siasat individu berpengaruh – KPN

Siasatan masih diteruskan dan masyarakat dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes sementara PDRM melengkapkan siasatan.

Mesti Baca

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat seorang individu berpengaruh tempatan kerana didakwa cuba menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara dengan kerjasama media antarabangsa.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, siasatan dijalankan setelah pihaknya menerima laporan mengenai konspirasi itu semalam.

Sehubungan itu beliau berkata, siasatan sedang dijalankan oleh Unit Siasatan Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan iaitu dengan apa cara, secara langsung atau tidak langsung melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Beliau berkata, sabit kesalahan akan dihukum dengan penjara sehingga 20 tahun.

“Siasatan masih diteruskan dan masyarakat dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes sementara PDRM melengkapkan siasatan demi menghormati prinsip keadilan jenayah di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. — Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan