Tuesday, July 21, 2026

ONSA mampu kekang penyebaran kandungan bahaya – KPN

Pendekatan ini selaras dengan komitmen untuk melindungi rakyat dan memastikan mereka selamat dalam persekitaran siber masa hadapan.

Mesti Baca

AKTA Keselamatan Dalam Talian (ONSA) 2025 yang dilaksanakan mulai hari ini adalah langkah penting bagi memastikan platform digital bertanggungkawab dalam mengekang penyebaran kandung bahaya.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, ONSA juga dapat menutup ruang operasi penjenayah siber serta memperkukuh tindakan terhadap eksploitasi kanak-kanak, penipuan dalam talian, penyalahgunaan identiti dan kandungan ekstremisme.

“Pendekatan ini selaras dengan komitmen untuk melindungi rakyat dan memastikan mereka selamat dalam persekitaran siber masa hadapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Khalid mengulas pelaksanaan ONSA 2025 yang menggariskan kerangka perundangan bagi meningkatkan keselamatan dalam talian serta memperkukuh perlindungan terhadap pengguna, khususnya kanak-kanak dan keluarga.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, ONSA menetapkan tanggungjawab dan kewajipan ke atas pemberi perkhidmatan berlesen untuk menangani kemudaratan dalam talian.

MCMC berkata, ini termasuk pelaksanaan langkah keselamatan mengikut tahap risiko, perlindungan khusus untuk kanak-kanak serta mekanisme pelaporan dan bantuan kepada pengguna.

“ONSA terpakai terhadap pemberi perkhidmatan yang memegang lesen Pemberi Perkhidmatan Aplikasi (ASP), atau lesen Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan (CASP), atau lesen Pemberi Perkhidmatan Rangkaian (NSP), di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998),” katanya.

Mohd Khalid berkata, PDRM akan terus bekerjasama rapat dengan MCMC, kementerian berkaitan serta penyedia platform digital melalui ‘whole-of-government’ bagi memastikan tindakan terhadap jenayah siber dapat dilaksanakan dengan lebih pantas, tersusun dan berkesan.

Beliau berkata, ancaman jenayah dalam talian semakin serius dan memberi kesan langsung kepada kesejahteraan masyarakat.

Katanya, berdasarkan rekod PDRM, rakyat Malaysia menanggung kerugian sebanyak RM2.77 bilion akibat jenayah penipuan dalam talian dari Januari 2023 hingga November tahun lalu.

“Bagi tempoh yang sama, kes eksploitasi seksual kanak-kanak dalam talian turut menunjukkan peningkatan membimbangkan dengan 688 kes sejak Januari 2021 hingga November 2025.

Kes berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) pula, katanya, merekodkan sebanyak 351 kes dari Januari 2021 hingga Oktober 2025.

“PDRM yakin bahawa ONSA akan memperkukuh perlindungan kepada pengguna, meningkatkan integriti ruang digital negara serta memastikan keselamatan generasi masa hadapan ralam menghadapi landskap siber yang semakin kompleks,” katanya. — Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan