Thursday, June 4, 2026

Bantuan khas RM300 buat penjawat awam Melaka

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENJAWAT awam di Melaka menerima khabar gembira apabila Kerajaan Negeri bersetuju memberikan Bantuan Khas Penghargaan sebanyak RM300.

Ketua Menteri, Datuk Seri Abd. Rauf Yusof berkata, pemberian bantuan tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM2.16 juta kepada 7,190 penjawat awam di negeri itu.

Ujar beliau, bantuan kewangan itu akan disalurkan kepada semua yang layak sebelum 10 Ogos ini.

“Selaras dengan pengumuman kerajaan Persekutuan, maka kerajaan negeri bersetuju memberikan Bantuan Khas Penghargaan kepada semua penjawat awam di Melaka.

“Bayaran ini membuktikan kerajaan sentiasa menghargai penjawat awam sama ada yang masih berkhidmat atau yang telah bersara daripada perkhidmatan awam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka bagi Julai 2023 hari ini.

Kerajaan Persekutuan baru-baru ini mengumumkan pemberian bantuan khas penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Bantuan khas penghargaan sebanyak RM200 pula akan diberikan kepada pesara kerajaan, termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan