25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

DUN Nilai: Pengalaman dekati rakyat, nilai tambah bagi Chee Biow

Saya yakin dan berjanji akan membuat yang sepatutnya dan wajar serta diperlukan oleh rakyat di DUN Nilai ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CALON Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nilai, Gan Chee Biow optimis mampu merampas kerusi daripada penyandang dua penggal calon Pakatan Harapan (PH), J. Arul Kumar pada pilihan raya negeri kali ini.

Keyakinan itu, beliau berkata, melihat kepada gelombang parti yang diwakilinya yang dilihat dapat menarik hati pengundi untuk memilih PN.

“Ditambah pula dengan pengalaman saya berkhidmat untuk rakyat sebelum ini selain ambil peduli akan masalah-masalah diperingkat akar umbi, menjadi perangsang untuk saya terus memberikan khidmat.

“Ini kerana ianya (berkhidmat untuk rakyat) sudah sebati dalam diri saya untuk membantu selagi boleh,”katanya yang memberitahu misinya dalam pilihan raya kali ini adalah “Saya Bersama Rakyat”.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Bilik Gerakan PN DUN Nilai di Taman Semarak, Nilai.

Menurut bekas ahli majlis perbandaran itu, strategi yang akan digunakan sepanjang tempoh berkempen adalah berusaha menyantuni seramai mungkin rakyat.

“Saya yakin dengan bertemu sendiri dengan rakyat, akan membantu saya berjumpa dengan golongan atas pagar supaya mereka kenal dan menerima kehadiran saya.

Chee Biow bagaimanpun mengakui pembangunan di Nilai semakin rancak, namun begitu, ada lagi ruang yang perlu dibaiki lagi.

“Memandangkan Nilai menjadi sebahagian daripada kawasan perbandaran di bawah Majlis Perbandaran Seremban (MPS) namun, dari segi perkhidmatan dan infrastruktur tidak sampai ke tahap perbandaran.

Advertisements

“Seperti sistem jalan raya, landskap dan perkhidmatan yang lain, masih perlu diberi perhatian dan dipertingkatkan mengikut kepada apa yang dikehendaki oleh rakyat di Nilai, memandangkan rakyat di kawasan ini juga membayar cukai perbandaran.

“Saya yakin dan berjanji akan membuat yang sepatutnya dan wajar serta diperlukan oleh rakyat di DUN Nilai ini,”kata bekas ahli MCA itu.

Sementara itu, ditanya sama ada gentar berdepan dengan pencabarnya, beliau berkata, sebagai bekas ADUN kawasan itu, J. Arul Kumar diakui mempunyai pengalaman yang banyak.

Akuinya, ia bukan satu tugas mudah kepadanya namun sebagai seorang yang juga mempunyai banyak pengalaman berdepan dengan rakyat dia mampu mengatasinya.

“Ini adalah amanah dan tugas besar daripada parti kepada saya jadi saya akan berusaha sebaiknya untuk membawa kemenangan.

“Jika usaha itu murni, telus, gunung pun boleh diratakan namun semuanya akan berbalik kepada pengundi dalam menilai semula.

“Saya akan membawa manifesto yang terbaik untuk rakyat di DUN Nilai ini, yang diyakini dapat membantu rakyat dalam menangani masalah-masalah yang sebelum ini tidak diberikan perhatian,”katanya.

Calon PN itu akan berdepan dengan J.Arul Kumar yang mewakili Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan