30.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

PRK Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram pada 9 September

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada 9 September depan.

Pengarahnya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, tarikh penamaan calon ditetapkan pada 26 Ogos sementara pengundian awal bagi kedua-dua kerusi tersebut adalah pada 5 September.

Katanya, Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan adalah daftar pemilih terkini sehingga Daftar Pemilih Tambahan Bulan April 2023 yang dikemaskini sehingga 23 Julai lalu.

“SPR telah menetapkan tarikh-tarikh penting seperti berikut, writ dikeluarkan pada 3 Ogos, hari penamaan calon (26 Ogos), hari undi awal (5 September) dan hari mengundi (9 September).

“Tempoh berkempen ditetapkan 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 26 Ogos sehingga pukul 11.59 malam, 8 September,” katanya dalam sidang media ibu pejabat SPR di Putrajaya, hari ini.

Advertisements

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kematian penyandangnya yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.

Beliau meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada pukul 9.23 malam ketika ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.

Katanya, DPPR bagi Parlimen Pulai mengandungi seramai 166,653 pemilih yang terdiri daripada 165,700 pengundi biasa, 927 polis dan 26 pengundi tidak
hadir luar negara.

“Bagi DUN Simpang Jeram pula katanya, mengandungi seramai 40,379 pemilih yang terdiri daripada 40,373 pengundi biasa dan enam pengundi tidak hadir luar negara,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kasino di Forest City: Chegu Bard ditahan reman dua hari

BADRUL Hisham Shaharin atau Chegu Bard direman susulan membuat hantaran yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan...

Lagi Artikel Berkaitan