26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Dakwaan skandal seks Exco mainan musuh politik – Rauf

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

KETUA Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyifatkan dakwaan kononnya seorang exco negeri itu terlibat dengan skandal seks sebagai suatu fitnah.

Ab Rauf yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri menegaskan, beliau enggan melatah dengan dakwaan yang dilihat sebagai ‘permainan’ oleh musuh politik untuk mengambil kesempatan di atas suasana politik pada masa kini.

“Saya anggap itu sebagai fitnah walaupun saya tak nak menafikan benda itu betul ataupun tidak. Sebab pengalaman ini ramai dah dapat tahu, dah dapat rasa, sama sahaja.

“Jadi saya pun tahu dan lihat ini adalah permainan musuh-musuh politik. Dalam suasana politik yang tidak stabil ini, mereka yang tidak bertanggungjawab cuba mengeruhkan suasana,” katanya.

Advertisements

Ab. Rauf berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai beberapa tangkap layar perbualan WhatsApp dan video berunsur seksual yang tular pada Selasa, didakwa melibatkan seorang Exco Melaka dengan seorang wanita.

Ditanya sama ada Exco terbabit perlu membuat laporan polis, Ab Rauf berkata, ia terserah kepada pemimpin berkenaan.

“Saya tak nak komen lebih-lebih. Bagi saya perkara dan trend ini sama sahaja berlaku di Melaka. Saya ingat benda fitnah ini tak payah nak panjang-panjang.

“Kita nak buat kerja, nak majukan negeri nak membina Melaka jauh lebih baik dari dulu. Benda-benda ini saya tak ambil pusing,” jelasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan