Friday, July 24, 2026

MRT: Tun M patut berterima kasih kepada ‘Bossku’

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sepatutnya mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Najib Tun Razak atas kejayaan memulakan inisiatif pembinaan Transit Aliran Massa (MRT).

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, penghargaan wajar diberikan kepada Najib yang juga dikenali sebagai ‘Bossku’ selepas Mahathir memuji kemudahan pengangkutan awam itu yang setaraf negara maju.

“Tun M dapati seolah-olah  berada di negara maju. Itu ungkapan Tun M, bila dia dan Tun Hasmah meronda naik MRT di hari raya ketiga.

“Patut dia berterima kasih pada Bossku,” katanya melalui hantaran di Facebook pada hari ini.

Puad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu berkata, Mahathir seolah-olah lupa ketika pentadbirannya selama 22 bulan banyak membatalkan dan menangguhkan pembangunan sistem pengangkutan awam.

“Betullah cakap Tun M “Melayu mudah lupa”. Tun M lupa dia yang sekejap batal sekejap tangguh projek MRT 3, ECRL, Pan Borneo, dan High Speed Rail (HSR).

“Dia menangguh Malaysia cepat jadi negara maju kerana dendam politik dan tidak mahu Najib ada legasi. Kesian Sabah dan Sarawak.

“Mujur Tun M sempat memerintah balik 22 bulan sahaja,” ujarnya.

Sebelum ini, Dr Mahathir berkongsikan pengalamannya menaiki perkhidmatan awam itu pada hari raya ketiga, bersama isteri dan rakannya.

Beliau memuji kelancaran sistem MRT yang setanding dengan negara-negara maju. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan