BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memuji kelancaran perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) bagi Laluan Sungai Buloh dan Putrajaya.
Dr Mahathir berkongsikan pengalamannya menaiki perkhidmatan awam itu pada hari raya ketiga, bersama isteri dan rakannya menerusi ciapan di Twitter.
Menurutnya, kakitangan MRT juga turut bersama mereka sepanjang perjalanan itu dan memberi peluang kepadanya untuk bertanya beberapa soalan berkenaan prestasi MRT.
“Umumnya saya dapati seolah-olah saya berada di negara maju. Perjalanannya amat baik. Demikian juga kemudahan yang disedia untuk pelanggan.
“Stesen juga cukup besar dan dilengkapi dengan lif dan eskalator,” katanya.
Dalam pada itu, beliau percaya kemudahan itu akan disambut baik rakyat jika kos yang amat tinggi tidak dipedulikan.
“Tahniah saya ucap kepada anggota pengurusan MRT Sungai Buloh / Putrajaya,” ujarnya. – Edisi 9