27.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Tiada beza antara Kit Siang, Dr Mahathir – Puad

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIADA beza pun antara veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana masing-masing adalah ‘pengacau’, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Ia susulan kenyataan Kit Siang yang mempertikaikan Pas kerana melantik Dr Mahathir sebagai penasihat kepada empat negeri di bawah pentadbiran parti Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun, Mohd Puad bersetuju dengan kenyataan veteran DAP itu bahawa Dr Mahathir tidak layak untuk menjadi penasihat kepada empat kerajaan negeri tersebut.

“Betullah tu… Dia (Dr Mahathir) pengacau kepada kestabilan. Dia ada agenda sendiri. Lim Kit Siang pun jangan kacau. Biar DAP jalan sendiri bawah Anthony Loke,” katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Advertisements

Mohd Puad berpandangan kedua-dua pemimpin tersebut termasuk Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah tidak releven lagi dalam politik tanah air.

Katanya, ketiga-tiga pemimpin veteran itu pernah bergabung untuk Selamatkan Malaysia, justeru mereka sebenarnya sudah tidak relevan.

Semalam, Kit Siang mempertikaikan tindakan Pas melantik Dr Mahathir sebagai penasihat bagi neger-negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Ini kerana, Dr Mahathir sendiri mendakwa Pas telah menyebabkan berlaku perpecahan dalam kalangan umat Islam dan orang Melayu ekoran Amanat Haji Hadi yang mengkafirkan UMNO, sepertimana ditulis sendiri oleh beliau dalam bukunya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kumpulan Richiamo umum penstukturan jawatan baharu

KUMPULAN Richiamo Sdn Bhd mengumumkan penstrukturan syarikat dengan melibatkan pertukaran dan pelantikan baru bagi mengetuai anak-anak syarikat yang ditubuhkan...

Lagi Artikel Berkaitan