33.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Kit Siang, dalam Perlembagaan juga tiada soal SJKC, SJKT – Puad

Mesti Baca

TAN Sri Lim Kit Siang diingatkan agar tidak membangkitkan soal jawatan Perdana Menteri mesti orang Melayu yang tidak disebut dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ini kerana menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, penubuhan sekolah vernakular juga tidak dinyatakan dalam Perlembagaan dan sekolah-sekolah berkenaan masih wujud sehingga kini.

Mohd Puad berkata, penubuhan sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil adalah kerana kontrak sosial yang tidak tertulis dalam Perlembagaan dan perkara itu terus dihormati oleh para pemimpin Melayu khususnya UMNO.

“Benar, Perlembagaan Persekutuan dengan jelas tidak sebut Perdana Menteri mesti orang Melayu. Tetapi kenapa Lim Kit Siang panaskan isu itu?

“Dia perlu ingat kematangan politik Melayu menyebabkan SJKC dan SJKT masih wujud hingga hari ini. Sebab itu kaum mana jadi Ketua Menteri Pulau Pinang tidak jadi isu,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Semalam, Kit Siang diambil keterangan oleh pihak polis berhubung kenyataannya yang didakwa menyentuh kemungkinan orang bukan Melayu dilantik sebagai Perdana Menteri.

Beliau disiasat ekoran kandungan yang dimuat naik dalam blognya, limkitsiang.com pada 30 November lalu yang menyentuh isu Perlembagaan berhubung pelantikan Perdana Menteri Malaysia.

Advertisements

Penulisan yang disiasat bertajuk Malaysian Constitution Provides For a Malaysian Dream And Not a Mono-Ethnic Dream As It Provides That a Non-Malay Can Be a Prime Minister (Perlembagaan Malaysia menjanjikan impian Malaysia dan bukannya impian etnik tunggal memandangkan Perlembagaan ini tidak menghalang seorang bukan Melayu daripada menjadi seorang Perdana Menteri).

Mohd Puad turut mempersoalkan Kit Siang yang tidak marah kepada Lim Kuan Yew ketika bekas pemimpin Singapura itu menutup Nanyang University yang menggunakan bahasa Cina.

Sebaliknya, universiti tersebut kata beliau, telah digabungkan dengan National University of Singapore yang menggunakan bahasa Inggeris.

“Di Malaysia tolak ansur masih ada. Lim Kit Siang antara yang bantah SJKC melaksanakan PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris).

“Sebab itu SJKC kekal guna mandarin bagi mata pelajaran Sains dan Matematik.

“Tidak timbul soal Perlembagaan. Tidak timbul isu kebebasan bersuara. Kenapa setelah bersara politik dan dapat Tan Sri masih main isu 3R? Negara perlu 100 tahun lagi untuk matang,” tegasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan