29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Kit Siang patut persoal peluang Red Indian jadi Presiden AS

Mesti Baca

TAN Sri Lim Kit Siang tidak sewajarnya menyamakan Amerika Syarikat (AS) yang menunggu lebih 200 tahun sebelum melihat Barack Obama sebagai kulit hitam pertama menjadi Presiden negara itu dengan Malaysia.

Sebaliknya, kata Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, veteran DAP itu sepatutnya mempersoalkan kenapa peluang yang sama tidak diberikan kepada Red Indian, kaum pribumi AS.

Beliau menegaskan, sikap perkauman hadir dalam pelbagai bentuk termasuk kenyataan bahawa negara hanya maju jika bukan kaum tertentu menjadi ketuanya.

“Amerika dan Britain bukanlah contoh yang tepat. Banyak juga negara dunia semakin maju walaupun tak tukar kaum mana yang menerajui negara mereka,” katanya menerusi Facebooknya, semalam.

Ahmad Shabery yang juga Pengerusi Felda berkata, beliau faham ketika usia semakin meningkat, Kit Siang berusaha untuk mencari perhatian namun diingatkan agar tidak sampai menyakitkan hati pihak lain.

Advertisements

“Dalam hukum fizik, for every action (force) there is an equal and opposite reaction, setiap tindakan akan berlaku tindak balas yang sama.

“Bimbang, kalau ada pula yang desak Perlembagaan dipinda sebagai reaksi kepada polemik ini,” katanya.

Semalam, Kit Siang diambil keterangan oleh pihak polis berhubung kenyataannya yang didakwa menyentuh kemungkinan orang bukan Melayu dilantik sebagai Perdana Menteri.

Beliau disiasat ekoran kandungan yang dimuat naik dalam blognya, limkitsiang.com pada 30 November lalu yang menyentuh isu Perlembagaan berhubung pelantikan Perdana Menteri Malaysia.

Penulisan yang disiasat bertajuk Malaysian Constitution Provides For a Malaysian Dream And Not a Mono-Ethnic Dream As It Provides That a Non-Malay Can Be a Prime Minister (Perlembagaan Malaysia menjanjikan impian Malaysia dan bukannya impian etnik tunggal memandangkan Perlembagaan ini tidak menghalang seorang bukan Melayu daripada menjadi seorang Perdana Menteri). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan