26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Kastam Perak rampas rokok, minuman keras bernilai RM950,000

Mesti Baca

SEJUMLAH RM950,000 rokok dan minuman keras yang disyaki diseludup berjaya dirampas oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak dalam tiga serbuan berasingan, minggu lalu.

Pengarahnya, Datuk Abdul Ghafar Mohamad berkata, pasukan dari Cawangan Penguatkuasaan JKDM Stesen Ipoh membuat serbuan di sebuah kediaman tidak berpenghuni di Chemor pada 4 Disember lalu.

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan, pasukan berjaya menemui sebanyak 646,800 batang rokok putih dan kretek pelbagai jenama dengan anggaran nilai duti berjumlah RM420,940.40.

“Kesemua barangan terbabit disyaki barang belum lulus kastam. Pihak kami sedang mengesan pemilik rumah berkenaan bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, serbuan kedua berjaya merampas 1,859.60 liter minuman keras pelbagai jenama di sebuah kedai di Gopeng pada 6 Disember lalu.

“Serbuan yang dilakukan Cawangan Penguatkuasaan JKDM Stesen Pengkalan Hulu menemui minuman keras membabitkan cukai berjumlah RM 57,276.08 yang disyaki barang belum lulus kastam.

Advertisements

“Seorang saksi warga tempatan berusia 22 tahun telah ditahan untuk membantu siasatan,” katanya.

Abdul Ghafar berkata, serbuan diteruskan membabitkan sebuah kediaman di Johor Bahru, Johor sekitar jam 10.30 pagi pada 7 Disember lalu.

“Hasil pemeriksaan pasukan berjaya menemui 701,000 batang rokok putih dan kretek pelbagai jenama dengan anggaran cukai berjumlah RM469,802.40 yang disyaki barang belum lulus kastam.

“JKDM Perak telah menahan dua individu warga tempatan berusia 34 dan 46 tahun untuk membantu siasatan,” katanya.

Katanya, kesemua kes akan disiasat di bawah seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan