28.7 C
Kuala Lumpur
Friday, December 13, 2024

Maritim Malaysia rampas rokok, minuman keras seludup di Bintulu

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya mematahkan cubaan menyuludup rokok dan minuman keras yang dianggarkan bernilai RM45,250 di Bintulu Sarawak.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kapten Maritim Mohd. Khairol Anuar Saad berkata, hasil makluman awam dan risikan, rondaan dilakukan di sekitar kawasan pantai Samalaju bagi mengesan aktiviti penyeludupan barangan bercukai. 

Susulan itu, katanya, anggota Zon Maritim Bintulu berjaya mengesan dan merampas 15 peti rokok putih pelbagai jenama dan 95 karton minuman keras.

“Rampasan tersebut dilakukan pada kira-kira pukul 8 malam semalam, setelah pemeriksaan fizikal dilakukan ke atas barangan tersebut. 

Advertisements

“Semasa dikesan, lima suspek sedang melakukan aktiviti pemunggahan barangan tersebut namun berjaya meloloskan diri dengan menggunakan dua buah kenderaan jenis pacuan empat roda yang gagal dikesan nombor pendaftarannya.

“Ini kerana cuaca dan keadaan laut yang bergelora menyukarkan pasukan Maritim Malaysia untuk merapat ke pantai dengan cepat dan melakukan tangkapan,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967 kerana melakukan aktiviti penyeludupan.

“Hasil rampasan dianggarkan berjumlah RM 45,250 tidak termasuk cukai. Barangan tersebut dibawa ke pejabat Zon Maritim Bintulu untuk siasatan lanjut,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

YKM belanja RM5 juta bantu anak yatim akibat COVID-19

YAYASAN Keluarga Malaysia (YKM) telah membelanjakan sebanyak RM5 juta pada tahun ini bagi membantu meringankan beban dihadapi anak-anak yatim...

Lagi Artikel Berkaitan