23.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 18, 2025

EPL: Liverpool terus hambat United, Newcastle

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEREBUTAN slot ke saingan Liga Juara Juara Eropah (UCL) musim depan semakin sengit antara tiga pasukan susulan kemenangan 3-1 Liverpool ke atas Leicester City di Stadium King Power awal pagi tadi.

Keputusan itu meletakkan The Reds hanya ketinggalan satu mata berbanding Newcastle United dan Manchester United yang masing-masing berada di kedudukan ketiga dan keempat liga.

Bagaimanapun, kedua-dua pasukan itu masih beraksi kurang satu perlawanan berbanding skuad Merseyside berkenaan.

Curtis Jones menjadi wira Liverpool apabila meledak dua gol bagi memastikan skuad bimbingan Jurgen Klopp itu merekodkan tujuh kemenangan berturut-turut musim ini.

Pemain tengah The Reds itu meletakkan pasukannya di depan pada minit ke-33 apabila dia yang tidak dikawal mudah menolak masuk ke gawang tuan rumah yang dikawal Daniel Iversen.

Advertisements

Tiga minit berselang, Jones menambah gol keenam peribadinya musim ini di Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila menyudahkan hantara Mohamed Salah untuk Liverpool 2-0 selesa di depan.

Salah memperoleh hatrik bantuan jaringan pada perlawanan itu apabila kuisannya kepada Trent Alexander-Arnold disempurnakan pemain pertahanan tepat ke penjuru kanan gawang Leicester.

Untuk rekod, ini merupakan kemenangan pertama Liverpool di Stadium King Power sejak 2019.

Leicester pula kini bergelut dan berdepan penyingkiran selepas hanya memiliki kelebihan dua mata dari kelompok tiga terbawah liga. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Lima beregu negara melangkah bergaya ke separuh akhir

LIMA beregu negara masing-masing dua beregu lelaki, dua beregu campuran dan satu beregu wanita melangkah bergaya ke separuh akhir...

Lagi Artikel Berkaitan