24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

KKM pandang serius isu selebriti tonjol, promosi budaya merokok

Terdahulu, vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, menjadi bualan apabila dia muncul memperaga pakaian Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (KLFW22) sambil memegang rokok.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) memandang serius isu golongan selebriti yang menonjolkan tingkah laku seperti merokok dan menghisap vape dalam khalayak ramai.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tingkah laku sedemikian menunjukkan contoh yang tidak baik kepada masyarakat terutama kepada kanak-kanak dan remaja.

“KKM menyeru setiap lapisan masyarakat termasuk artis dan selebriti untuk membantu usaha KKM bagi memastikan perbuatan merokok dapat dijadikan sebagai satu budaya yang tidak diterima lagi dalam kalangan masyarakat,” katanya menerusi Twitter hari ini.

Terdahulu, vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, menjadi bualan apabila dia muncul memperaga pakaian semasa Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (KLFW22) sambil memegang rokok.

Advertisements

Pada awal kemunculannya di pentas peragaan, Noh dilihat memegang sebatang rokok yang tidak dinyalakan dalam sebuah video TikTok yang tular.

Vokalis Hujan itu juga dilihat membuat aksi cuba meminta pemetik api daripada hadirin yang berada di hadapannya sebelum meneruskan langkah sambil meletakkan rokok tersebut pada mulutnya.

Gaya peragaan Noh yang baharu bercerai dengan isterinya, Mizz Nina itu mencetuskan rasa kurang senang kalangan awam dan menyifatkan ia tidak wajar.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan