26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Rakyat sedang menghakimi, jasa Najib tidak dilupa

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMIMPIN-pemimpin UMNO terus mendoakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan keluarga terus tabah dalam menghadapi dugaan berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap rayuan akhir kes SRC International Sdn. Bhd. hari ini.

Terbaharu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan tidak ketinggalan mendoakan Datuk Seri Najib Razak dan turut mengimbau kembali pesanan beliau kepadannya.

Beliau berkata, kes tersebut akan terus diulas dan rakyat juga sedang menghakimi.

“Beliau (Najib Razak) anak Perdana Menteri, namun telah melantik saya, anak penoreh getah sebagai Timbalan Menteri sebelum ini dan tidak akan saya lupa,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini.

Ahmad Maslan berkata, beliau (Najib Razak) pernah mengingatkan dirinya agar bersama dengan rakyat

“Rakyat, rakyat. Slogan utama beliau #RakyatDidahulukan.

“Perjuangan #1Malaysia beliau untuk harmonikan semua bangsa dan negara ini maju dengan rakyat berpendapatan tinggi.

“Perjuangan yang baik akan berterusan. Adil dan tidak zalim jadi pegangan,” katanya.

Hari ini, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan, hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib dalam kes SRC International.

Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil berdoa semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada Najib dalam menempuh dugaan dan cabaran itu.

“Sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT. Tiada hijab di antara doa orang yang teraniaya dan Allah SWT,” jelasnya.

Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah pula berasa sangat sedih dengan situasi yang dihadapi Najib.

“Semoga Allah memberikan kekuatan kepada diri dan keluarga Datuk Seri Najib Razak. Apa pun dikata. Dia pernah berjasa,” katanya melalui hantaran Facebook.-Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan