25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Muhyiddin lega tapi ingatkan masih ada kes Najib belum selesai

Beliau mendoakan agar Malaysia bebas sepenuhnya daripada amalan kleptokrasi, dijauhi daripada bala bencana dan rakyat dapat hidup dalam keadaan aman dan sejahtera.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa lega selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan salah terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun beliau mengingatkan bahawa masih banyak kes mahkamah yang membabitkan Perdana Menteri Keenam itu yang belum selesai.

Justeru, Presiden Bersatu itu berkata, walaupun Najib sudah dipenjarakan namun perjuangannya mempertahankan integriti dan kebebasan badan kehakiman belum selesai.

Menurutnya, pendakwaan Ahli Parlimen Pekan itu dalam kes 1MDB yang melibatkan penyelewangan dana berjumlah RM2.6 bilion masih belum selesai.

“Begitu juga kes rasuah yang melibatkan Pengerusi Barisan Nasional (BN) masih dalam proses perbicaraan di mahkamah, selain kes-kes berprofail tinggi yang lain.

“Saya berharap, kebebasan badan kehakiman di negara kita terus dilindungi tanpa ada cubaan campur tangan atau desakan politik dari mana-mana pihak agar keadilan dapat tertegak,” katanya dalam satu hantaran dalam Facebook hari ini.

Muhyiddin berkata, kebebasan dan integriti badan kehakiman perlu dipertahankan kerana ia adalah paksi sebuah negara demokrasi sepertimana hari ini.

Advertisements

“Tanpa badan kehakiman yang bebas, sistem demokrasi di negara kita akan gagal untuk berfungsi dan Malaysia menjadi sebuah negara yang bersifat autoritarian, rasuah dan bankrap moral, na’uzubillah,” kata beliau.

Menurutnya, sistem kehakiman negara yang bebas telah dapat menjamin tertegaknya keadilan dan mengembalikan maruah negara yang tercalar.

“Kebebasan sistem kehakiman inilah yang saya pertahankan ketika saya menjadi Perdana Menteri.

“Walaupun ada desakan politik supaya saya campur tangan dalam kes tertentu, saya tegas menolaknya walau akhirnya saya terpaksa meletak jawatan kerana mempertahankan prinsip ini,” katanya.

Hari ini, lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengekalkan sabitan salah yang dikenakan terhadap Najib.

Mahkamah turut mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri itu sebelum ini.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan