25 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 1, 2022

Pesanan terakhir Najib kepada keluarga sebelum ke penjara

Dari tahun 1976 Daddy mula aktif dalam politik dan perkhidmatan awam sepenuh masa - Najib

Mesti Baca

DATUK Seri Najib Razak yang menjalani hukuman penjara 12 tahun sempat menitipkan pesanan kepada keluarganya.

Menerusi Facebook bekas Perdana Menteri itu, pesanan tersebut ditinggalkan di atas meja beliau.

Berikut pesanan tersebut:

Keluargaku,

Anak cucuku.

My family. My love.

Dari tahun 1976 Daddy mula aktif dalam politik dan perkhidmatan awam sepenuh masa.

Ke hari ini, 46 tahun lamanya.

46 years is a long time.

Daddy memilih mewarisi legasi nenda, meneruskan usaha nenda.

Daddy memilih kerja.

Dunia politik dan perkhidmatan awam ada kelebihan dan kekurangannya.

Merancang pembangunan.

Menggubal dasar kebajikan.

Mengurus ekonomi.

Mengukuhkan hubungan antarabangsa.

Menyelesaikan krisis.

Najib Razak bersama cucunya.

Cabaran-cabaran ini dengan hasilnya yang baik membawa senyuman kepada Daddy.

Adakalanya hasil yang diharapkan tidak sebaik yang diinginkan. Tetapi cuba lagi dan lagi.

Baca juga:   Pendekatan kerajaan tangguh, batal projek kurang bijak - Najib

Melihat kembali, ia satu pengorbanan besar.

Tahun-tahun dan masa-masa yang ada datang dan berlalu begitu sahaja.

Dari subuh ke larut malam, ada saja urusan yang perlukan perhatian.

Masa makan pun bermesyuarat, berjumpa tetamu, tidak bersama you all.

My years have gone by dedicated to people, public service, politics.

A sacrifice I chose and I made.

A journey that was joyous with your presence but unfortunately I overlooked and could not always be there for you.

Satu perjalanan yang sedih sekali diserikan dengan kehadiranmu tetapi tidak terbalas oleh Daddy.

Baca juga:   Najib dikompaun RM3,000, pengurus restoran RM10,000

My family. My love.

Setakat ini sahaja yang Daddy dapat bersama.

Daddy pegang teguh kepada ajaran agama Islam.

Jika ditakdirkan ini perjalanannya dan dugaan Allah SWT.

Apalah daya Daddy manusia dan hambaNya.

Menanti keadilan dan penghakiman di mahkamah akhirat.

Di dunia kita hidup sementara, dibangkitkan di akhirat, bersama-sama nanti kita bahagia semula di sana.

Semoga Allah SWT melindungi dan merahmati keluarga kita sentiasa dengan kesihatan dan kesejahteraan berpanjangan.

Love you all.

Daddy

Semalam, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib berhubung kes SRC International. – Edisi 9

Terkini

MKT UMNO putuskan PRU-15 mesti diadakan tahun ini

MAJLIS Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini memutuskan agar pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan