25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Zahid seru ahli UMNO teruskan api perjuangan Najib

Duri dan api, tajam panasnya kita hadapi. Kebulatan ikrar tak akan berubah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyeru semua ahli UMNO agar bangkit bersatu hati dan tenaga agar perjuangan Datuk Seri Najib Razak terus menyala-nyala.

Presiden UMNO itu turut mengingatkan ahli-ahli dan penyokong UMNO agar mengingati ayat 40 surah Al-Taubah, “janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.”

Beliau berkata, apabila mahkamah mengekalkan keputusan sabitan ke atas Najib, ia menjadi detik duka kepada UMNO namun menegaskan semangat bekas Presiden UMNO itu tidak akan pudar dan tetap segar dalam kalangan ahli-ahli parti.

“Bak kata ungkapan (Sasterawam Negara, Datuk Dr) Usman Awang, di belakang duri di depan api, kita tak bisa undur lagi. Duri dan api, tajam panasnya kita hadapi. Kebulatan ikrar tak akan berubah.

“Maka ayuh kita bangkit mengharungi onak dan duri, api perjuangan kita terus semarakkan. Marilah kita bangkit bersatu hati dan tenaga agar perjuangan Datuk Seri Najib terus menyala-nyala,” katanya.

“Kami percaya ada malam yang gelap pasti akan ada siang yang cerah. Masa akan menentukan segalanya. Buat Datuk Seri Najib Razak dan ahli UMNO sekalian ingatlah ayat 40 surah al-Taubah, Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita,” katanya menerusi Facebook beliau.

Advertisements

Sementara itu, Zahid berkata, Biro Politik UMNO akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan langkah yang akan diambil oleh parti susulan perkembangan terbaharu itu.

Bagaimanapun beliau berkata, UMNO akan bertindak rasional dan terus akur dengan kehendak keputusan parti.

“Kita akan bertindak rasional terus akur dengan kehendak keputusan parti. Biro Politik akan diadakan dalam masa paling terdekat.

“Tiada pengkhianatan sesama kita! Kita tahu yang mana lawan dan kawan sebenar!,” katanya.

Semalam, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta ke atas Najib berhubung penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan