32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Bukti integriti badan kehakiman masih unggul – MCW

MCW juga menggesa agar kes-kes berprofil tinggi lain yang melibatkan kepentingan awam juga diadili dengan sebaiknya.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEPUTUSAN Mahkamah Persekutuan terhadap kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sangat berintegriti tinggi dan membuktikan kebebasan badan kehakiman negara masih unggul.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, tindakan berkenaan juga dapat menolak tegas keraguan dalam kalangan rakyat tentang integriti kehakiman. 

Beliau percaya keputusan yang perlu dibuat itu bukan mudah bagi kelima-lima panel hakim yang mengendalikan rayuan terakhir Najib kerana ia melibatkan kes berprofail tinggi.

“Sehubungan itu, MCW juga menggesa agar kes-kes berprofil tinggi lain yang melibatkan kepentingan awam juga diadili dengan sebaiknya.

“Pihak berwajib perlu menyegerakan semua kes salah guna kuasa dan rasuah sama ada di peringkat siasatan atau pendakwaan tanpa mengira latar belakang supaya tidak wujud persepsi tindakan pendakwaan berpilih,” katanya dalam kenyataan hari ini.

JAIS ABDUL KARIM

Jais berkata, kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap sistem kehakiman dan pihak berwajib adalah bermula kecekapan menjalankan amanah dan pengadilan yang tidak berat sebelah.

“Saya menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta ke atas Najib.

“MCW yakin bahawa keputusan ini tidak terkhilaf, tepat berdasarkan fakta yang diteliti secara profesional dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak atau terkena panahan unsur-unsur politik tertentu yang boleh mencemarkan martabat Badan Kehakiman Malaysia,” katanya.

Sehubungan itu MCW, mengucapkan syabas kepada panel lima hakim yang dipengerusikan oleh Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat kerana tegas dalam membuat keputusan terhadap bekas Perdana Menteri yang pernah berjasa kepada negara.

Semalam, panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara sebulat suara mengekalkan sabitan salah yang dikenakan terhadap Najib.

Mahkamah turut mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib sebelum ini.

Dengan keputusan itu, di akhir prosiding ini, ini bermakna Najib, yang juga Ahli Parlimen Pekan, akan mula menjalani hukuman di Penjara Kajang.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan