36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Zahid seru ahli UMNO bertenang, tekad betulkan kepincangan

Ini ermasuklah pendedahan bekas Tommy Thomas berhubung campur tangan politik PM Pakatan Harapan dalam pelantikan hakim

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru ahli-ahli parti agar bertenang susulan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan salah dan membawa hukuman 12 tahun penjara terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau turut menyeru ahli-ahli UMNO agar menanam tekad untuk memperbetulkan segala kepincangan dalam sistem bagi menjamin keadilan sebagai salah satu agenda.

“Ini termasuklah pendedahan bekas Peguam Negara Tommy Thomas mengenai campur tangan politik Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) terdahulu dalam pelantikan Hakim dan perjalanan sistem perundangan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zahid yang turut berhadapan dengan kes-kes mahkamah berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan semalam sama sekali tidak dapat memadamkan jasa besar Najib sebagai Perdana Menteri.

Katanya, Ahli Parlimen Pekan itu telah membawa Malaysia ke mercu kejayaan dan meletakkan negara di persada sebelum disuramkan oleh kegagalan dua kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu.

Sehubungan itu, Zahid berkata, UMNO akan terus bersama Najib menghadapi perbicaraan kes-kes lain yang sedang dihadapinya bagi menjamin beliau mendapat keadilan dan tidak dimangsakan dengan tekanan politik.

Zahid berkata, keluarga besar UMNO berdukacita atas pengakhiran keputusan perbicaraan bekas Presiden parti itu semalam.

Katanya, parti itu juga amat terkilan kerana proses dan ruang untuk bekas Najib mempertahankan diri terutama usaha untuk mengemukakan bukti-bukti baharu dan penangguhan bagi membolehkan pasukan pembelanya yang baharu membuat persiapan telah dinafikan.

“Walau jasad dipenjara, semangat dan daya juang mantan Presiden UMNO itu dalam usaha mempertahankan dirinya serta tampil berada di barisan hadapan untuk melonjakkan semula citra UMNO sehingga mampu bangkit semula selepas kekalahan PRU-14, akan tetap membara,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Malaysia Negeri Johor menyerbu sebuah pusat hiburan di Taman Mount Austin, Johor Bahru awal pagi ini dan...

Lagi Artikel Berkaitan