24.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Shahidan Kassim dilantik Penaung, Presiden KL City

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim dilantik sebagai Penaung dan Presiden Kuala Lumpur (KL) City FC.

Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) dalam kenyataan memaklumkan Shahidan akan bertindak sebagai penasihat dalam urusan berkaitan bola sepak untuk membawa kelab itu ke tahap lebih tinggi.

Presiden KLFA Khalid Abdul Samad yang merupakan ahli Parlimen pembangkang dan bekas Menteri Wilayah Persekutuan berkata pelantikan Shahidan akan menjadi bukti perpaduan melalui bola sepak.

“Ini menunjukkan peranan sukan dan bola sepak khususnya merupakan wadah penyatuan iaitu orang yang berbeza fahaman politik seperti saya dan Shahidan boleh bersatu demi kemajuan bola sepak Kuala Lumpur.

“Saya percaya menerusi peranan Shahidan sebagai Presiden KL City FC, kami boleh bersama-sama membawa kelab ke tahap kejayaan lebih tinggi,” katanya.

Advertisements

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KL City Stanley Bernard berkata kunci bagi pengukuhan kelab itu adalah dengan mengumpulkan semua pihak berkepentingan.

“Bayangkan sebuah kelab yang mendapat sokongan semua pihak berkepentingan yang sanggup mengetepikan perbezaan dengan matlamat membina pasukan yang kuat dan kompetitif di dalam serta luar padang.

“Menerusi peranan dan tanggungjawab yang jelas dimainkan oleh pihak berkepentingan yang terlibat, kami berhasrat untuk mewujudkan sebuah kelab bola sepak profesional yang mempunyai ramuan yang betul,” katanya dan menambah Shahidan mampu memainkan peranan penting dalam mengembangkan dan mencorak sesuatu yang boleh dibanggakan warga Kuala Lumpur.

Shahidan juga merupakan Presiden Renang Malaysia (MS) dan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).- BERNAMA

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan