Thursday, July 23, 2026

Shahidan jalani pembedahan, mohon doa semua

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini menjalani satu prosedur pembedahan kecil di hospital.

Pemimpin Perikatan Nasional (PN) itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab pembedahan yang bakal dijalaninya.

“Sahabat-Sahabat dan rakyat Malaysia yang dikasihi, hari ini saya akan menjalani pembedahan kecil.

“Justeru, saya memohon doa dari anda semua supaya pembedahan itu berjalan lancar.

“Andai ada terkasar bahasa, tersilap bicara, tersinggung rasa dan terguris jiwa, saya ingin meminta maaf dan halalkan makan minum saya. Kita jumpa lagi. InsyaAllah,”katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan