Friday, July 24, 2026

PM yakin Shaik Rasheed teruskan kebijakan monetari

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Anwar Ibrahim yakin Gabenor Bank Negara (BNM) yang baharu, Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour mampu meneruskan kebijakan monetari yang mampan dan stabil.

Malah Perdana Menteri turut menaruh kepercayaan kepada Shaik Abdul Rasheed dalam mendepani tantangan semasa dan mencipta lonjakan baharu kepada negara.

“Hari ini, saya mengadakan pertemuan dengan Gabenor Bank Negara yang baharu, Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour di pejabat.

“Saya menzahirkan rasa keyakinan yang tinggi kepada beliau dalam meneruskan kebijakan monetari yang mampan dan stabil.

“Dan ia pastinya akan ditingkatkan agar kedudukan kewangan negara menjadi lebih baik, kukuh dan stabil,”katanya menerusi Facebook hari ini.

Shaik Abdul Rasheed bakal mengambil alih jawatan Gabenor BNM daripada Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus yang akan menamatkan khidmatnya pada 30 Jun ini.

Anwar turut mengutus penghargaan kepada Nor Shamsiah atas jasa bakti beliau mengemudi BNM terutama ketika negara melalui saat sukar dan getir sepanjang tempoh COVID-19.

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan