33.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Projek skala kecil akan dipercepatkan – MOF

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN memutuskan pelaksanaan projek-projek berskala kecil di seluruh negara akan dipercepatkan.

Kementerian Kewangan (MOF) menerusi kenyataan, kelonggaran turut diberi kepada kontraktor projek kecil dalam urusan perolehan kerja bagi menangani isu prasarana rakyat terutamanya masalah sekolah, jalan berlubang dan klinik daif.

Katanya, kerajaan memberi kelonggaran dalam urusan perolehan kerja menerusi kaedah pelaksanaan projek seperti Pengecualian ke atas Arahan Perbendaharaan (AP) 182 kepada semua kementerian atau agensi pelaksana di peringkat negeri dan daerah.

“Had nilai sehingga RM1 juta bagi projek penyelenggaraan serta pembaikan kecil tanpa perlu melalui Jabatan Teknik termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

“Pengesahan kerja siap boleh dibuat Ketua Jabatan atau pegawai yang diturunkan kuasa di peringkat negeri dan daerah dengan mematuhi kesempurnaan kerja mengikut tadbir urus baik.

“Mewujudkan Pasukan Pemantau Projek sama ada di peringkat negeri atau daerah dengan penglibatan beberapa agensi dan pegawai dari pelbagai Jabatan bagi membantu memantau pelaksanaan projek,”kata kenyataan itu.

Menurutnya, kelonggaran itu berkuat kuasa serta merta sehingga 31 Disember 2023 bagi memastikan kerja siap dalam tahun semasa.

Advertisements

Ujar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Jun lalu, Kerajaan Perpaduan akan terus berpegang pada prinsip tata kelola baik dalam pentadbiran dan memastikan perolehan kerajaan khususnya melibatkan projek cakna rakyat seperti pembaikan dan penyelenggaraan sekolah, klinik daif serta jalan berlubang dilaksanakan segera.

Sepertimana yang telah diumumkan oleh beliau semasa pembentangan Belanjawan 2023, kerajaan menekankan usaha mempercepatkan pelaksanaan projek prasarana rakyat terutamanya sekolah dan klinik daif.

Selain itu, kerajaan turut bersetuju memberi kelonggaran kaedah perolehan bagi semua projek penyelenggaraan kecil daripada kementerian atau agensi pengguna sehingga ke peringkat negeri dan daerah.

“Had nilai sebut harga ditingkatkan kepada RM1 juta daripada RM500,000 manakala secara cabut undi ditingkatkan kepada RM200,000 daripada RM100,000,” ujarnya.

Dalam pada itu, MOF berkata, bagi meningkatkan penglibatan kontraktor kecil daripada pelbagai kelas untuk projek berskala kecil, kerajaan memperkenalkan kemudahan pembiayaan secara ‘financial close’ bagi memastikan mereka tiada masalah aliran tunai dan kerja disiapkan mengikut jadual.

Ujarnya, butiran lanjut berkenaan program dan AP 182 boleh dipanjangkan kepada [email protected] atau hubungi talian 03-8882 3232/4476/3225.

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Giliran calon PH tayang keputusan UPSR, SPM

SELEPAS calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut menayangkan sijil akademik pengajiannya, kini giliran calon Pakatan Harapan (PH) pula...

Lagi Artikel Berkaitan