28.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Harimau Malaya berpesta gol di Kuala Terengganu

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

HARIMAU Malaya tidak memberi ihsan apabila membelasah Papua New Guinea 10-0 dalam perlawanan persahabatan Tier 1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu malam tadi.

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon melakukan beberapa pertukaran dalam kesebelasan utama ketika menang 4-1 ke atas Kepulauan Solomon minggu lalu.

Skuad negara mengasak bertubi-tubi di separuh masa pertama dan terlepas beberapa peluang berharga untuk mencari gol sulung perlawanan di babak pertama.

Usaha itu berhasil pada masa kecederaan babak pertama apabila Malaysia dihadiahkan sepakan penalti.

Safawi Rasid membuka jaringan buat Harimau Malaya apabila menyempurnakan sepakan penalti pada waktu kecederaan babak pertama. – Edisi9/BERNAMA

Safawi Rasid yang ditugaskan mengambil sepakan tidak mempunyai masalah untuk meledak gol pertama skuad kebangsaan sebelum menuju bilik persalinan.

Menyedari ketumpulan jentera serangan, Pan Gon membawa masuk Arif Aiman Hanapi dan Faisal Halim selepas waktu rehat.

Percaturan itu tampak berhasil apabila Malaysia mula berpesta gol di Kuala Terengganu.

Advertisements
Josue menanduk masuk gol kedua Harimau Malaya hanya tujuh minit selepas babak kedua bermula. – Edisi9/FAM

Josue menjaringkan gol kedua Harimau Malaya pada minit ke-52 dan lima minit kemudian, giliran Arif Aiman mencetak nama sebagai penjaring menjadikan kedudukan 3-0.

Belum pun sempat pertahanan Papua New Guinea memperkemaskan barisan pertahanan, gawang mereka bocor lagi apabila Malaysia menjaringkan gol keempat menerusi Faisal Halim pada minit ke-59.

Seminit kemudian menyaksikan Arif Aiman menjaringkan gol kedua peribadinya apabila menyudahkan hantaran Faisal sekali gus menjadikan kedudukan 5-0.

Jaringan tersebut tidak memperlahankan rentak serangan Malaysia yang terus ghairah memburu gol.

Gandingan Faisal Halim (kiri) dan Arif Aiman Hanapi (kanan) menjadi igauan ngeri buat pertahanan Papua New Guinea dalam aksi persahabatan malam tadi. – Edisi9/FAM

Josue meledak gol keduanya pada minit ke-64 sebelum melengkapkan hatrik pada minit ke-70 apabila menyudahkan hantaran silang Arif Aiman sekali gus meletakkan Malaysia 7-0 di depan.

Pemain gantian, Daniel Ting meledak gol kelapan Malaysia pada minit ke-76 sementara Arif Aiman terus gawang meledak dua lagi gol masing-masing pada minit ke-87 dan 89 bagi melengkapkan kemenangan besar 10-0 Malaysia ke atas Papua New Guinea. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan