32.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Sultan Ibrahim selamat jalani pembedahan bahu kanan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar selepas selamat menjalani pembedahan pada bahu kanan baginda akibat kecederaan lama di Hospital Pakar Damansara 2 (DSH 2), Kuala Lumpur, pada Selasa.

Menurut hantaran terbaru di laman sosial Facebook, baginda memaklumkan prosedur pembedahan berlangsung selama hampir tiga jam.

“Pembedahan berjalan dengan baik dan saya juga berada dalam keadaan baik.

“Saya ingin menzahirkan ucapan penghargaan kepada semua pasukan petugas perubatan yang terlibat dan juga kepada rakyat yang sentiasa mendoakan kesihatan saya,” titah baginda dalam hantaran tersebut.

Sultan Ibrahim turut berkenan meluangkan masa beramah-mesra bersama pasukan petugas perubatan selepas selesai menjalani pembedahan.

Advertisements

Sultan Ibrahim dijadualkan akan menjalani rawatan susulan radiofrekuensi untuk beberapa hari sebelum baginda berangkat pulang ke Johor.

Doktor pakar ortopedik yang terlibat dalam pembedahan tersebut ialah Dr Tan Chin Khoon, Dr Simmrat Singh Jagdis Singh dan Dr Shamsul Iskandar Hussein.

Turut membantu Dr Naveen Rajadurai (Radiologi) dan dua pakar bius iaitu Dr Zuraini Md Noor dan Datin Dr Vanitha Sivanaser (pakar bius).

Turut bersama dalam pembedahan itu ialah Datuk Dr Subrahmanyam Balan, doktor peribadi Sultan Johor. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Ramasamy, Fadhil amal kempen menyesatkan – Puad Zarkashi

PRESIDEN Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), P. Ramasamy dan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhil Shaari dianggap mengamalkan kempen...

Lagi Artikel Berkaitan