26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

5 bukti Malaysia berada di kedudukan lebih baik – Fahmi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LIMA bukti menunjukkan Malaysia kini berada di kedudukan yang lebih baik sepanjang pentadbiran Kerajaan Perpaduan berbanding kerajaan terdahulu.

Kenyataan itu disampaikan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang berkongsi Kad Laporan Tujuh Bulan Kerajaan Perpaduan (Siri Dua) dalam bentuk grafik.

Fahmi menerusi hantaran di Facebook menggariskan bukti pertama iaitu ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan lebih baik pada suku pertama tahun ini dengan 5.6 peratus berbanding tempoh sama bagi tahun lepas iaitu 4.8 peratus.

“Jumlah pelaburan ke Malaysia meningkat kepada RM71.4 bilion bagi suku pertama 2023 berbanding RM44.7 bilion bagi suku pertama 2022,” menurutnya dalam hantaran itu hari ini.

Kadar iinflasi juga menunjukkan kadar rendah iaitu 3.9 peratus bagi suku pertama.

Fahmi berkata selain itu, kadar inflasi negara semakin rendah iaitu 3.9 peratus bagi suku pertama dan 3.6 peratus bagi suku kedua tahun ini berbanding 3.7 peratus dan 4.2 peratus, masing-masing bagi suku ketiga dan suku keempat pada 2022.

Advertisements

Beliau berkata, Indeks Kebebasan Akhbar juga bertambah baik dari tangga ke-113 pada tahun lepas ke tangga ke-73 bagi 2023.

Manakala kedudukan Daya Saing Dunia naik lima anak tangga kepada ke-27 tahun ini berbanding ke-32 pada tahun lepas.

Terbukti dalam tempoh hanya tujuh bulan, kata beliau, Kerajaan Perpaduan telah mentadbir negara ini ke arah yang lebih baik.

“Insya-Allah, lima pencapaian ini akan memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya generasi baharu pada masa depan,”katanya.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan