26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Tiada ruang individu sesuka hati main isu 3R

MB kedah sudah didakwa dan kita tunggu Lim Guan Eng

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIADA ruang kepada mana-mana individu di negara ini yang sesuka hati mempermainkan isu agama, kaum dan institusi diraja (3R).

Justeru itu, kata Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, tidak kira apa sekalipun warna parti, sama ada kerajaan mahupun pembangkang anda tidak boleh terkecuali.

“MB kedah sudah didakwa hari ini (semalam). Kita tunggu Lim Guan Eng dan yang lain juga selepas ini.

“Tidak kira apa sekalipun warna parti, sama ada kerajaan mahupun pembangkang anda tidak boleh terkecuali.

“Supaya ia menjadi pengajaran kepada semua pemimpin dan rakyat,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau di sini.

Pada 9 Julai lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima beberapa laporan berhubung kenyataan Guan Eng, yang dipercayai menyentuh isu 3R.

Advertisements

Ahli Parlimen Bagan itu disiasat selepas mendakwa gelombang hijau bakal memusnahkan tokong dan menafikan hak agama di Pulau Pinang.

Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), D5 Bukit Aman mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Semalam, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di dakwa di Mahkamah Selayang atas dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik pada minggu lepas.

Bagaimanapin, Muhammad Sanusi membuat pengakuan tidak bersalah ke atas dua pertuduhan tersebut.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama.

Sekiranya sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Guru bersahsiah mulia asas pendidikan berkualiti

Oleh DZULFAIDHI HAKIMIE DZULRAIDI GURU sebagai agen utama sistem pendidikan memegang peranan yang penting dalam membentuk generasi akan datang. Namun, menjadi...

Lagi Artikel Berkaitan