27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Jadikan Maal Hijrah momentum hidupkan semangat perpaduan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia secara amnya menjadikan sambutan Maal Hijrah sebagai momentum menghidupkan semangat perpaduan.

Beliau berkata, sambutan tahun baharu kalendar Islam itu juga perlu dijadikan sebagai medan membangunkan komuniti harmoni, saling mendukung antara satu sama lain, memupuk rasa persaudaraan dan bekerjasama dalam membina sebuah negara bangsa yang berjaya.

Ahmad turut mengajak umat Islam bermuhasabah serta memperbaharui azam dan iltizam untuk meletakkan diri sebagai insan muttaqin.

“Hari ini (semalam) merupakan hari terakhir tahun 1444H. Maghrib ini kita akan melangkah masuk ke tahun baru 1445H.

Advertisements

“Bersempena kedatangan tahun baru ini, marilah bersama kita bermuhasabah serta memperbaharui azam dan iltizam untuk meletakkan diri sebagai insan muttaqin.

“Ambillah ibrah peristiwa hijrah baginda Nabi Muhammad SAW untuk kita memperbaiki diri ke arah yang lebih baik dan melakar masa depan yang lebih cemerlang.

“Marilah kita berdoa agar Malaysia sentiasa dilindungi rahmat Allah SWT, beroleh keberkahan dan menjadi negara “baldatun toyyibah warabbun ghafur”, “ujar beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kardinal lancar koleksi vape edisi Lumina kurang nikotin

JENAMA rokok elektronik atau vape, Kardinal tampil memperkenalkan koleksi terbaharu mereka iaitu Lumina. Lumina didatangkan ekslusif dalam edisi Raya Discovery Pack Untuk Lumina yang...

Lagi Artikel Berkaitan