32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Sanusi: Kerajaan sama sekali tiada kaitan dengan pertuduhan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN sama sekali tidak ada kaitan dengan pertuduhan mahkamah yang dihadapi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata, Muhammad Sanusi menghadapi pertuduhan itu kerana kenyataannya membabitkan Raja-Raja Melayu.

“Kamu buat kenyataan yang ada kecenderungan untuk bangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja. Ini tiada kaitan dengan kerajaan,”katanya dalam hantaran di Facebook beliau hari ini.

Advertisements

Dalam hantaran sama, beliau turut berkongsikan laporan berita Muhammad Sanusi sebagai mendakwa pertuduhan dialaminya petunjuk kerajaan dalam ketakutan.

Semalam, Muhammad Sanusi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang atas dua pertuduhan membuat kenyataan menghasut dan berkecenderungan membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan