33.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Tiga ditemukan maut dalam MPV di R&R Yong Peng

Kesemua mangsa warga Myanmar ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh orang awam dalam Perodua Alza.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIGA individu termasuk seorang wanita ditemukan maut dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Yong Peng, arah Selatan, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, dua lelaki dan seorang wanita warga Myanmar berusia 23 hingga 27 tahun ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh orang awam dalam Perodua Alza.

Difahamkan, orang awam yang berada di lokasi kejadian cuba membantu dengan memecahkan cermin hingga berjaya mengeluarkan ketiga-tiga mangsa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, hasil siasatan polis kesemua mangsa sedang dalam perjalanan dari Genting Highlands menuju ke Taman Air Biru, Pasir Gudang dengan menggunakan kereta yang dipinjam dari seorang rakan di Johor.

“Mangsa dipercayai telah berhenti rehat dan tidur dalam kereta di tempat kejadian.

“Hasil temubual daripada saksi yang telah datang membantu mangsa telah menyedari kereta dinaiki telah parkir dalam tempoh yang agak lama di tempat kejadian dalam keadaan kesemua mangsa tidak bergerak.

Advertisements

“Enjin kenderaan dan penghawa dingin pula dihidupkan dengan kesemua cermin tingkap bertutup rapat serta pintu kereta dalam keadaan berkunci,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, setakat ini siasatan awal mendapati kematian tiga warga Myanmar itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk menunggu laporan bedah siasat.

“Setakat ini polis buka kertas siasatan sebagai mati mengejut, namun semuanya bergantung kepada laporan bedah siasat yang akan diperoleh kelak.

“Siasatan awal juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemukan pada ketiga-tiga mangsa di lokasi kejadian,” katanya.

Ujar beliau, rekod yang diperoleh mendapati mereka mempunyai pasport dan bekerja di Pasir Gudang. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Lakukan ‘total cleansing’ kumpulan ajaran sesat, ekstrem agama

PIHAK berkuasa termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) digesa melakukan total cleansing (sapu bersih) terhadap kumpulan ajaran sesat dan...

Lagi Artikel Berkaitan