25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Bersangka baik dan ikhtiar bendung COVID-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

NILAI – Umat Islam hendaklah bersangka baik dan meneruskan ikhtiar bagi membendung penularan virus COVID-19 daripada terus tersebar dan berleluasa.

Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Dato Dr Mohamed Ridza Wahiddin berkata, hal ini secara tidak langsung dapat memupuk nilai-nilai positif serta mahmudah dalam diri setiap muslim dan melahirkan ummah yang sejati bertepatan dengan tema sambutan Maal Hijrah pada tahun ini.

“Justeru, beliau mengajak warga USIM untuk sama-sama menghayati dan mencontohi sifat-sifat terpuji junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan membuang segala sifat-sifat negatif seperti hasad dengki serta fitnah yang boleh meruntuhkan perpaduan dan kesejahteraan sesama ummah dan memberi kesan yang buruk terutamanya kepada generasi akan datang.

“Dalam era pandemik yang sedang kita hadapi kini, kita hendaklah bersama-sama berganding bahu dan bekerjasama serta saling bantu-membantu dalam meringankan beban yang ditanggung,”katanya pada Sambutan Maal Hijrah 1443H peringkat USIM dianjurkan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom Meeting di sini.

Bertemakan “Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti”, program anjuran Pusat Islam dan  Badan Kebajikan Kakitangan USIM ini membawakan pengisian rohani Maal Hijrah yang disampaikan penceramah jemputan yang juga Timbalan Pengarah Institut Sains Islam USIM, Ustaz Mohammad Aizuddin Abd Aziz.

Dalam ceramah berkenaan, Ustaz Mohammad Aizuddin telah membicarakan topik Tahun Baru Islam atau Maal Hijrah.

Katanya, dua  perkara yang tidak dapat dilepaskan dalam perbincangan ini iaitu, mengingatkan seluruh Umat Islam tentang perpindahan masa, masa yang telah kita tinggalkan dan masa yang bakal kita lalui sekiranya di izinkan oleh Allah S.W.T.

“Perpindahan masa ini bukanlah semata mengingatkan kita pada usia yang makin meningkat, akan tetapi mengingatkan kita tentang amanah, amanah usia yang diberikan kepada kita. Adakah telah digunakan dengan sebenarnya untuk mentaati Allah, sekiranya ia berlaku kita bersyukur atas nikmat tersebut, namun apa yang membimbangkan adalah adakah amalan-amalan secara zahir itu merupakan amalan soleh yang akan diterima oleh Allah S.W.T.

“Dan adakah usia yang telah kita tinggalkan itu adalah usia yang tidak diredhai oleh Allah S.W.T, maka yang tinggal kepada kita adalah dengan memohon keampuan kepada Allah S.W.T. Inilah peringatan para ulama nyatakan kepada kita agar kita berdoa kepada Allah S.W.T dan memohon keampuan kepada-Nya,”katanya.

Dalam pada itu, Dr Mohamed Ridza menyeru warga USIM bersama menghayati tema sambutan Maal Hijrah pada tahun ini dengan penghayatan yang mendalam.

“Marilah kita mentajdid niat dan membulatkan usaha dan tekad untuk memperbaiki diri serta amalan dalam kehidupan seharian bersesuaian dengan semangat hijrah untuk mencapai hasrat ‘ummah berkualiti’ yang menjadi tujuan kita semua.

“Semoga segala usaha murni yang kita lakukan pada tahun ini diredhai oleh Allah S.W.T dan diganjarkan dengan pahala yang yang berlipat kali ganda daripada-Nya,”katanya. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan