26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Kesalahan Sanusi boleh ditahan bila-bila masa – KPN

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KETUA Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menjelaskan, penangkapan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor boleh dilakukan pada bila-bila masa kerana melibatkan siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Razarudin berkata, tangkap tersebut dilakukan kerana Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu tidak memberikan kerjasama ketika cuba dihubungi pihak polis.

Katanya, Muhammad Sanusi juga gagal dikesan Polis Kedah, susulan Bukit Aman meminta bantuan kontijen itu untuk membantu merakaman percakapan bagi siasatan yang dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

“Apabila kita minta bantuan Polis Kedah, mereka tidak dapat kesan di Kedah. Pada petang itu kita mula untuk kesan.

“Maksudnya tiada kerjasamalah (daripada pihak Muhammad Sanusi). Bila kita hubungi pegawai khas dia, pun tak jawab. Tolak kita punya panggilan.

“Kita dapat jumpa beliau pada pukul 2.30 pagi di kawasan Mount Kiara. Kita maklumkan dan buat tangkapan,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman hari ini.

Razarudin berkata, Muhammad Sanusi sudah sedia maklum mengenai perkara berkenaan menerusi laporan portal berita yang disiarkan pada malam semalam.

Muhammad Sanusi dalam sidang media selepas pertuduhan kedua-dua kes di Mahkamah Sesyen Selayang berkata, beliau hanya mengetahui pentuduhan terhadapnya melalui laporan media malah tiada sebarang notis diberikan.

Advertisements

“Saya sememangnya mahu hadir ke mahkamah pagi ini tetapi mereka tetap datang buat tangkapan pukul 3 pagi di kediaman saya di Kuala Lumpur,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai siasatan terhadap Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, Razarudin berkata siasatan sudah 70 peratus selesai.

“Siasatan itu sudah lengkap 70 peratus dan kita telah menghantar kertas siasatan tersebut kepada Jabatan Peguam Negara semalam. 

“Ada lagi siasatan yang perlu kita selesaikan dari segi data dan forensik. Jadi, itu adalah siasatan yang akan kita teruskan, insya-Allah,” katanya.

Ketua Polis Negara berkata, kedua-dua kes tersebut sama sifatnya (3R) namun berbeza dengan kes Muhammad Sanusi kerana menyentuh institusi beraja.

“Dan ketidak puasan hati Institusi Diraja Selangor itu sendiri yang buat laporan. Kita nampak darjah yang mendatangkan penghinaan kebencian, membangkitkan perasaan tidak puas hati, tidak setia terhadap raja-raja. 

“Kalau kita biarkan begini semua raja-raja akan dihina,” tegasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan