29.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

RM12.22 juta untuk KPM wujudkan program baharu

Zahid menyatakan komitmen bagi membantu mengembangkan lagi potensi pendidikan MARA

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN memperuntukkan sebanyak RM12.22 juta kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi mewujudkan program baharu melalui penawaran pelbagai program dwi persijilan iaitu sijil profesional dan diploma di Kolej Profesional MARA (KPM).

Dengan penyaluran peruntukan tersebut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau akan terus memberikan komitmen bagi membantu mengembangkan lagi potensi pendidikan MARA.

“Saya juga akan berusaha untuk memastikan peruntukan MARA ditingkatkan agar segala perancangan untuk kebaikan MARA khususnya para pendidik dapat dibela dan diberikan perhatian yang sewajarnya. Insya-Allah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Hari Anugerah Pendidik MARA 2023 hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah MARA, Datuk Seri Azhar Abdul Manaf.

Advertisements

Dalam majlis tersebut, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKLW) turut berbesar hati dapat menyatuni warga pendidik.

“Orang hebat boleh melahirkan banyak karya, tetapi guru yang baik dapat melahirkan ribuan orang yang hebat.

“Begitulah gembiranya saya dapat berpeluang menyantuni dan beramah mesra dengan warga pendidik di dalam Majlis Anugerah Pendidik MARA 2023.

“Malah saya berasa bangga dapat berkongsi detik bersejarah ini bersama warga pendidik yang saya percaya di bahu mereka terpaut tanggungjawab besar bagi mendorong anak bangsa berjaya,”katanya.

Sehubungan itu, beliau turut mengarahkan MARA membuat semakan semula terhadap skim gaji pendidik Institut Pendidikan MARA (IPMA). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Henti ‘troll’ melampau terhadap pemain, pasukan bola sepak

SEJAK akhir-akhir ini wujud beberapa akaun media sosial yang sengaja memuatkan hantaran-hantaran bersifat menyindir (troll) yang melampau terhadap pemain...

Lagi Artikel Berkaitan