26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Bekalan beras dijamin cukup, harga jualan kekal rendah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bekalan beras negara mencukupi selain akan memastikan harga jualan beras kekal rendah.

Bagaimanapun, Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pihaknya tidak menafikan berlaku kekurangan bekalan beras.

“Meski berlaku kekurangan, namun ia ditampung oleh beras import.

“Apabila berlaku cuaca yang tidak menentu sebelum ini, (sebab) itu hasil padi agak menurun tetapi tahun ini di Kedah dan Perlis kita lihat pokoknya cantik dan (masalah beras menurun) akan kembali pulih.

“Kekurangan ini (beras tempatan) ditampung oleh beras import untuk sementara,”katanya kepada ketika melawat sebuah kilang beras di Sekinchan hari ini.

Beliau berkata, peruntukan RM3 bilion yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini untuk meningkatkan infrastruktur berkaitan tanaman padi di negara ini diyakini mampu meningkatkan jumlah keluaran padi.

Advertisements

“Kerajaan juga akan memastikan sawah-sawah dibuat dan dijaga dengan baik, Sekinchan yang hasilkan agak tinggi (beras) kita bawa (kepakaran) ala Sekinchan ke negeri-negeri lain seperti ke Kedah, Terengganu dan Pahang, supaya hasil akan meningkat pada masa akan datang.

“Ini perkara serius bukan main-main dan kita sentiasa tekankan bekalan beras adalah utama bagi kementerian ini,”katanya.

Selain itu, Mohamad berkata, harga beras tempatan akan terus dikekalkan serendah RM2.60 sekilogram manakala beras import dijual RM3.20 sekilogram.

“Memang beras tempatan masih kekal RM2.60, walaupun pihak kilang merayu supaya harga tersebut dinaikkan kerana mereka tidak untung, kita tetap kekalkan.

“Beras luar (import) memang harga berbeza RM2.80 (sekilogram) yang dijual di sekitar sini (Sekinchan), tetapi di pasar raya dijual RM3.20 sekilogram. Jangan risau beras cukup dengan ditampung dengan beras-beras import,”katanya. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Guru bersahsiah mulia asas pendidikan berkualiti

Oleh DZULFAIDHI HAKIMIE DZULRAIDI GURU sebagai agen utama sistem pendidikan memegang peranan yang penting dalam membentuk generasi akan datang. Namun, menjadi...

Lagi Artikel Berkaitan