24.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 16, 2025

Dr Mahathir persoal tindakan kerajaan halang sentuh 3R

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempersoalkan langkah kerajaan menghalang mana-mana pihak menyentuh isu agama, raja-raja dan kaum (3R) terutama dalam kempen Pilihan Raya Negeri pada masa kini.

Beliau berkata, menghalang perbincangan mengenai tiga perkara itu menidakkan kebebasan bersuara.

“Jika ia hendak dijadikan sebagai jenayah, ia perlu perbahasan dan kelulusan oleh Dewan Rakyat, Dewan Negara dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong atau diluluskan selepas dua bulan.

“Jika ini tidak dilakukan, Kerajaan mungkin didakwa kerana melaku sesuatu yang tidak mengikut undang-undang negara,” katanya menerusi media sosialnya hari ini.

Berikut kenyataan penuh beliau:

1.Rakyat diberitahu tajuk 3R (Race, Religion and Royalty) tidak boleh disentuh.

2.Jika perbincangan berkenaan orang Melayu ditafsir sebagai menyentuh “race” atau bangsa atau kaum, perbincangan berkenaan “multiracial” juga menyentuh “race”.

3.Kenapakah berbilang bangsa atau kaum(race) boleh disentuh tetapi satu bangsa (Melayu) tidak boleh disentuh.

4.Kemudian agama.

5.Kita tidak boleh bincang masalah agama.

6.Tetapi kita boleh bercakap berkenaan “secularism”.

7.“Secularism” bermakna tidak boleh ada agama rasmi. Ini bermakna kita bercakap berkenaan agama rasmi.

Advertisements

8.Kenapa menolak agama rasmi boleh disentuh tetapi mengekal agama rasmi tidak boleh disentuh.

9.Akhir sekali soal institusi raja.

10.Raja seperti rakyat, tertakluk kepada undang-undang. Sebuah mahkamah diadakan untuk raja.

11.Bermakna jika raja melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang tindakan boleh diambil.

12.Perundangan ini diadakan kerana kes tertentu.

13.Jikalau kes-kes yang sama berlaku atau kes yang lebih buruk berlaku, dan dakwaan tidak boleh dibuat maka raja akan jadi raja yang berkuasa mutlak.

14.Sebaliknya Perlembagaan menjadikan raja kita sebagai raja berperlembagaan.

15.Apakah kita sudah gugur sistem raja berperlembagaan kepada raja berkuasa mutlak.

16.Menghalang perbincangan berkenaan tiga perkara ini menidakkan kebebasan bersuara.

17.Ia amat serius.

18.Jika ia hendak dijadikan sebagai jenayah, ia perlu perbahasan dan kelulusan oleh Dewan Rakyat, Dewan Negara dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong atau diluluskan selepas dua bulan.

19.Jika ini tidak dilakukan, Kerajaan mungkin didakwa kerana melaku sesuatu yang tidak mengikut undang-undang negara. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Era baharu hubungan Turkiye-Malaysia di bawah Anwar-Erdogan

PROF DATO SERI IR DR NOOR AZUAN ABU OSMAN LAWATAN Negara Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan ke Malaysia memperkukuh perkongsian...

Lagi Artikel Berkaitan