32.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Irfan Bakti letak jawatan di Kuching City

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KETUA jurulatih Kuching City FC (KCFC), Ifran Bakti Abu Salim meletak jawatan dipercayai susulan prestasi hambar pasukan itu dalam kancah Liga Malaysia musim ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kuching City, Iswandi Ali Hassan berkata, pihaknya telah menerima pemakluman peletakan jawatan Irfan dan penolongnya, Sulaiman Hussin.

“Kami menghormati keputusan tersebut dan mengambil kesempatan ini untuk mengucap setinggi penghargaan kepada kedua-dua mereka atas jasa dan kejayaan yang telah mereka sumbangkan kepada Kuching City.

“Kecemerlangan mereka sejak mula mengambil alih tugas di Kuching Ciry bersaing dalam Liga Premier akan tetap tertulis dalam sejarah.

Advertisements

“Walaubagaimanapun, kami akan berbincang dengan Sulaiman untuk melihat peranan yang boleh beliau lakukan dalam Kuching City,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Difahamkan, ini merupakan kali kedua Ifran mengemukakan surat peletakan jawatan selepas kali pertama ditolak pengurusan Kuching City kerana mahu pengendali berusia 72 tahun kekal sehingga akhir musim.

Bekas pengendali Terengganu itu baru-baru ini berkata, beliau melalui musim terburuk dalam sejarah karier kejurulatihannya kerana tidak pernah merekodkan kekalahan yang begitu banyak bersama kelab yang dibimbingnya.

Kuching City kini berada tangga kedua terbawah Liga Super selepas hanya mengutip enam mata daripada 16 perlawanan serta tewas 12 kali musim ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dua lelaki cuba ceroboh Istana Negara ditahan

DUA lelaki warga tempatan ditahan selepas cuba menceroboh Istana Negara, Kuala Lumpur dengan alasan untuk berjumpa Yang di-Pertuan Agong,...

Lagi Artikel Berkaitan